Perangkap lalat Venus
Perangkap lalat Venus

Perangkap lalat Venus

Penangkap lalat Venus atau penangkap lalat Venus (Dionaea muscipula) ialah tumbuhan maging yang tempatan dari tanah lembap subtropika di Pantai Timur Amerika Syarikat di Carolina Utara dan Carolina Selatan.[4] Ia menangkap mangsanya—terutamanya serangga dan araknid—dengan struktur perangkap yang dibentuk daripada hujung kedua-dua daun tumbuhan ini dan dipicu oleh rerambut halus (dipanggil "rerambut pemicu" atau rerambut sensitif") di permukaan dalamnya.Apabila seekor serangga atau labah-labah merangkak ke atas daun pokok ini lalu menyentuh rerambut halusnya, perangkap akan tertutup hanya sekiranya rerambut yang berlainan disentuh dalam masa dua puluh saat dari sentuhan yang pertama. Tujuan pemicu berganda dalam mekanisme ini ialah bagi mengelakkan tenaga dibazirkan dengan memerangkap objek yang tidak memiliki nilai zat makanan.Dionaea adalah genus monotaip berkait rapat dengan pokok kincir air dan sundew, yang kesemuanya tergolong dalam keluarga Droseraceae.